MOTOGP
"Saya rasa karier saya habis kalau 'jump' GP"
Pelumba Moto2 Petronas MIE Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar nafi sertai mana-mana pasukan sekiranya pintu terbuka kepadanya untuk beraksi di kejuaraan dunia.
Bukan niat untuk bersifat sombong, tetapi Azroy berpendapat hanya akan terima peluang jika mempunyai program jangka masa panjang untuk meningkat dan kekalkan prestasi konsisten.
" Saya tak nak jump ke GP teruslah. Saya rasa karier saya akan habislah kalau saya jump terus. Macam Hafizh Syahrin dulu pun dia start daripada umur 16, 17 tahun. Memang time dia tu perfect pada ketika itu dah ada program, daripada bawah, sampai ke tengah dan atas. Memang dia masa tu cantik time tu, " ujar Azroy.
Pada aksi kelayakan, Azroy menamatkan saingan dengan masa pusingan terbaik, 2 minit 08.183 saat, sekaligus berjaya memperbaiki catatan musim lalu.
Azroy percaya peluang menduduki kelompok 15 terbaik masih cerah sekiranya cuaca hujan pada hari perlumbaan esok.
" Saya okay je mana-mana, tapi kalau untuk ada result buat fans Malaysia yang jauh datang, kalau hujan insyaAllah adalah result baik sikit, bagus sikit," tambah Azroy.