Skip to main content

E-Sukan

'Saya rasa gembira dapat bantai team lama saya!' -- Yums

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yums-mvp-2.jpg
Selangor Red Giants (SRG) kembali di puncak MPL MY Musim 13 selepas melakar kemenangan bergaya 2-0 ke atas TODAK sebentar tadi.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah kejayaan Yums yang juga bergelar MVP untuk perlawanan itu, berjaya menumpaskan bekas pasukannya, TODAK.

"Saya rasa gembira dapat bantai pasukan lama saya" kata Yums selepas tamat perlawanan.

Kemenangan ini menyaksikan SRG mengekalkan rekod tanpa kalah serta langsung tidak tewas sebarang 'game' selepas tiga aksi.

Apabila pengacara mengajukan soalan kepada Yums tentang apa yang dia ingin perkatakan kepada TODAK, Yums menjawab ringkas.

"Selamat Hari Raya" -- Yums

Advertisement

Must Watch Video