Skip to main content

Hoki

Saya memang idamkan -- Ashran Hamsani teruja kembali perkuat Speedy Tigers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

asharan.jpg
Barisan kejurulatihan hoki negara diketuai Sarjit Singh mencapai kata sepakat untuk mempertaruhkan tonggak berpenggalaman iaitu Ashran Hamsani bagi baki kejohanan tahun ini.

Ashran merupakan pemain utama dibawah kepimpinan Arul Selvaraj untuk tempoh empat tahun selain mengumpuk penampilan antarabangsa sebanyak 91 kaps.

Disebalik susuk tubuh kecil, Ashran memiliki kepakaran dalam dua posisi utama iaitu menyerang selaku penyerang tunggal dan pemain tengah.

Malah, Sarjit percaya Ashran mampu mengisi kelompongan The Speedy Tigers mengikut kesesuaian dan tuntutan perlawanan.

Tugasan utama Ashran adalah untuk merebut tempat ke Piala Asia di India pada Ogos depan sebelum mengharungi kempen Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak disusuli dengan Sukan SEA Thailand pada Disember depan.

Meskipun tiada dalam perancangan sarjit sejak tahun lalu, namun Ashran melepasi ujian kecergasan dikendalikan bersama Institut Sukan Negara.

"Saya memang idamkan untuk kembali ke skuad kebangsaan, masih lagi diberikan peluang setelah setahun lebih. Ini peluang keemasan buat saya untuk buktikan saya masih mampu berbakti buat skuad negara." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video