HOKI
Saya masih lagi bangga dengan pencapaian hoki - Subahan Kamal
Ketika semua peminat sukan hoki negara menantikan teka-teki siapakah jurulatih baru skuad hoki lelaki negara akhirnya Sarjit Singh yang sebelum ini pernah mengemudi skuad hoki lelaki senior negara dari 2007 hingga 2008 kembali menjawat jawatan itu.
Sebelum ini ada beberapa kenyataan daripada pihak media sendiri bagi pihak yang bertanggungjawab ambil serius untuk mengembalikan semula kegemilangan hoki Malaysia namun kenyataan itu disangkal oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal dalam Sidang Media Ketua Jurulatih Baru Hoki Negara di Bukit Jalil, sebentar tadi.
Subahan menyatakan, 'Setahu saya sebagai presiden, saya masih lagi bangga dengan pencapaian kami, kerana kita bukan sahaja tumpu kepada hoki padang, kita juga melihat kepada hoki dalam dewan hoki 5s.
Iklan
"Suka tidak suka dalam sejarah, kadang-kadang kita lupa, saya kena peringatlah ya, kita mudah lupakan, jadi saya kena peringatkan.
"Kita nombor dua dunia hoki 5s, tetapi nampaknya tumpuan kita lebih kepada hoki padanglah, tapi sudah jadi lumrah memang macam itu.
'Tapi jangan lupa dalam pentadbiran KHM sejak lapan tahun ini, banyak kejuaraan yang kita telah capai, pertama sekali dalam sejarah dan selepas sekian lama, kita telah sampai ke satu tahap huni nombor sembilan dunia juga.
"Tetapi dalam Piala Dunia pun, kita nyaris-nyaris masuk ke suku akhir dan kita juga telah menjadi Juara Piala Sultan Azlan Shah, kita telah menajdi Johan Hoki Dalam Dewan Asia, dalam sejarah kali pertama kita kalahkan Iran.
'Kemudian, kita muncul sebagai naib Juara Trofi Juara-Juara Asia (ACT), itu juga pertama kali dalam sejarah, jadi banyak kejayaan yang telah dilakar tetapi kita yakinlah bahawa dalam sukan ini ada kadangkala kita menang, ada masa kalah."
Must-Watch Video