Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Chazali Zulfikar, mendedahkan bahawa dia mampu melakukan apa sahaja selain daripada bertarung dalam gelanggang mahupun bertempur dengan bintang ternama dunia.
Ketika sesi perkongsian dalam program Khabib Nurmagomediv, The Path Of A Champion itu, atlet kelahiran Sarawak itu menegaskan daya pemikiran adalah perkara paling penting untuk melakukan apa sahaja.
"Sekiranya saya meninggalkan muay thai, saya tetap membuat yang terbaik dalam bidang yang berbeza dengan syarat haruslah mempunyai 'mindset' yang hebat," katanya.
"Secara jujurnya, saya takkan menghabiskan seumur hidup saya menyertai muay thai.
"Seperti Khabib pada usia 29 tahun sudah mencapai kesemuanya dan meninggalkan arena pertempuran.
"Mungkin saya akan mengikuti langkah yang sama dan menceburi bidang lakonan?
Najmi Iman
Sun Sep 29 2024