Jurulatih skuad E-Rimau negara, Shaharil Shaifuddin, berkongsikan hanya dua minggu latihan yang dijalani anak buahnya sebagai persiapan sebelum Kejohanan FIFA e-Piala Dunia Mobile 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Dalam perlawanan akhir itu menyaksikan skuad negara menewaskan Maghribi 2-0 dalam penampilan sulung di kejohanan dunia itu.
"Ini adalah edisi keenam, tetapi buat skuad E-Rimau FIFA adalah kali pertama. Skuad hantar dua pasukan dan dalam kategori Mobile Minbappe dapat gelaran juara dunia.
"Persiapan dalam dua minggu di boot camp FAM sebelum berlepas ke Riyadh untuk dapatkan keserasian pemain, memandangkan Minbappe akan menggunakan skuad negara dalam kejohanan itu jadi kita berlatih untuk formasi, taktikal dari aspek menyerang dan bertahan," katanya.
Dalam pada itu, juara dunia, Ahmad Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe, menjelaskan dia akan kembali fokus pada pelajaranya terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang kejohanan pada masa akan datang.
Atlet kelahiran Selangor berusia 19 tahun itu berasa teruja teruja dapat menebus kekalahannya dalam kejohanan yang disertainya sebelum ini apabila sekadar muncul naib juara untuk muncul juara dunia di Kejohanan FIFA e-Piala Dunia Mobile kali ini.
"Kawan selalu panggil nama Minbappe, dan ketika nak daftar kejohanan pertama saya ketika itu tidak tahu ingin letak nama apa dan dalam fikiran saya hanya ada nama itu dan sampai sekarang saya gunakan nama itu.
"Perasaan saya gembira dengan rezeki ini, saya gembira dapat tebus dalam kejohanan ini yang sekadar dapat bergelar naib juara sahaja.
"Rancangan saya mahu fokus pada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dahulu, dan kemudian fokus kembali masuk kejohanan." tambahnya.