Skip to main content

Sukan Lain

Saya mahu Farkhan baru 10 kali lebih baik -- Farkhan Haron harap ada peninju teruskan impiannya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farkhan.jpg
Peninju profesional negara, Farkhan Haron, berharap akan ada peninju lain meneruskan legasi dan impiannya selepas dia bersara hujung tahun ini.

Peninju dengan rekod 12-0 itu akan melalui dua pertarungan terakhir sebelum menggantungkan sarung tangannya bermula dengan satu perlawanan di Perth, Australia pada Jun depan dan disusuli dengan Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Johor Bahru pada Oktober depan.

"Ini adalah tahun yang istimewa buat saya kerana ia akan menjadi tahun terakhir saya bergelar atlet dan peninju," katanya dalam satu bual bicara sebagai tetamu jemputan Nadi Arena hari ini.

"Saya mula menjadi seorang peninju pada usia 13 tahun pada 2001 dan saya rasa sudah 24 tahun juga saya dalam industri ini.

"Banyak suka dan duka tetapi saya perlu juga membuat keputusan ini kerana beberapa faktor, antaranya ialah faktor kecederaan dan usia.

"Fokus saya selepas ini adalah untuk terus membantu sukan tinju untuk kita melahirkan sorang lagi Farkhan, yang kalau boleh saya mahukan dia 10 kali lebih baik daripada saya.

"Sebenarnya, impian saya adalah untuk bertarung di Las Vegas (Amerika Syarikat), bertarung di negara-negara besar seperti UK (United Kingdom).

"Saya pernah bertarung di Liverpool sebelum ini, cuma sepanjang saya bergelar peninju, saya tidak dapat ke sana (Amerika Syarikat).

"Sasaran saya, jika saya tidak dapat, generasi selepas saya akan dapat peluang itu.

"Jadi sasaran saya selepas ini adalah untuk kita dapat lihat seorang lagi peninju Malaysia dapat bertarung di Las Vegas.

"Saya rasa ia tidak mustahil cuma kita perlu dedahkan atlet kita seawal mungkin," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video