Atlet Muay Thai wanita negara, Nur Amisha Azrilrizal, berjaya buktikan dia antara yang terbaik di Malaysia selepas menewaskan petarung Indonesia, Azizah Benteng Betawi dalam Kejuaraan Fury Championship di Ibu Kota, semalam.
Amisha menyifatkan kecemerlangannya itu menunjukkan dirinya serius untuk mencapai sasaran beraksi di Sukan SEA Thailand, dengan misi utama mendapatkan emas bagi melengkapkan koleksi pingatnya selepas meraih gangsa dan perak di Sukan SEA Filipina dan Vietnam.
"Sasaran utama saya untuk tahu ini adalah Sukan SEA. Ini hanyalah persiapan untuk saya tahun ini, nanti akan ada perlawanan lagi dan saya anggap itu platform untuk saya perbaiki diri.
"Saya harap apa yang saya lakukan ketika ini menyumbang kepada negara, dalam diam pun takpa," katanya.
Dalam pada itu, hanya 21 saat tempoh diambil oleh atlet Muay Thai lelaki negara, Kabilan Jelevan, untuk menundukkan wakil Indonesia, Oky Arema, dalam kategori super lightweight.
Bagi Kabilan, kemenangan ini masih tidak cukup untuk dirinya dalam melakukan persiapan ke arah perlawanan di One Championship yang akan diumumkan tidak lama lagi.
"Saya sasarkan WBC tahun ini, saya harap tahun ini. Banyak perlu diperbaiki, agar bersedia untuk One Championship." tambahnya.