Saya hampir mati -- Mike Tyson
Ammar Hakim
November 17, 2024 08:09 MYT
November 17, 2024 08:09 MYT
Mike Tyson mendedahkan kejutan bahawa dia 'hampir mati' sebelum tewas kepada Jake Paul.
Petinju ikonik itu melangkah ke gelanggang di Arlington semalam, namun ia bukanlah kepulangan yang diimpikan apabila legenda berusia 58 tahun itu telah ditewaskan oleh lawan yang lebih muda, Paul.
Walaupun Tyson tidak ditumbangkan, dia tewas menerusi kutipan mata dan sejak itu berkongsi mengenai kekalahannya dan penurunan daripada segi tahap kesihatannya menjelang pertarungan tersebut. Menerusi Twitter, Tyson berkongsi, "Ini merupakan salah satu situasi apabila anda tewas tetapi masih menang. Saya sangat bersyukur untuk perlawanan ini. Tiada sebarang kekecewaan untuk melangkah masuk ke gelanggang buat kali terakhir.
"Saya hampir mati Jun lalu. Saya melakukan lapan kali pemindahan darah. Kehilangan separuh darah saya dalam badan dan terpaksa berjuang untuk sihat untuk bertarung supaya saya menang.
"Membenarkan anak-anak saya melihat saya bertarung dan menamatkan lapan pusingan berdepan petinju yang lebih muda daripada saya merupakan satu pengalaman yang luar biasa. Terima kasih."
Pertarungan tersebut pada asalnya dijadualkan Julai lalu namun ditangguh kerana masalah kesihatan yang dialami Tyson. Bercakap kepada New York Magazine sebelum perlawanan, Tyson berkata, "Saya muntah darah ketika berada di dalam bilik air.
"Ia menjejaskan saya dalam sesi latihan. Gerakan saya, stamina, segalanya terjejas.
"Namun saya seorang yang mudah berputus asa. Saya memastikan kembali di tahap terbaik dan berjaya menamatkan perlawanan ini."
Mike Tyson posts humble message after his defeat during his match against Jake Paul. “This is one of those situations when you lost but still won. I’m grateful for last night. No regrets to get in ring one last time. I almost died in June. Had 8 blood transfusions. Lost… pic.twitter.com/HtccLEm5Az
— Oli London (@OliLondonTV) November 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.