Skip to main content

Sukan Lain

Saya banyak pendam sejak kecil -- Kata Nor Farah Ain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(14).jpg
'Saya banyak pendam sejak kecil'

Itu apa yang diluahkan atlet boling padang wanita nombor satu dunia, Nor Farah Ain, mengenai keadaan dirinya yang ketika ini menghidap Major Depressive Disorder (MDD) atau lebih dikenali sebagai kemurungan.

Luahan Farah berkenaan masalahnya itu bermula dari zaman kecilnya apabila terlalu memendam banyak perkara daripada semua orang termasuk orang terdekat.

Walaubagaimana pun, Farah masih lagi kuat untuk berjuang dalam melawan penyakit kesihatan mental ini.

"Doktor cakap saya ada 'panic attack & 'anxiety' yang membawa kepada Major Depressive Disorder (MDD).

"Saya mula ambil ubat dengan 50mg sebelum naik lagi dos ke 100mg selepas perkara itu (MDD) masih lagi terjadi.

"Tapi selepas sudah naikkan dos itu pun saya masih lagi ada rasa 'anxiety' tu," kata Farah kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ikuti laporan khas penuh wartawan Faizal Bazari berkenaan atlet Boling Padang negara, Nor Farah Ain, dalam perjuangannya hadapi Major Depressive Disorder (MDD) hanya di saluran YouTube Astro Arena.

Advertisement

Must Watch Video