Pelumba berbasikal trek kebangsaan, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, menyatakan bahawa erti kemerdekaan secara peribadi menambah rasa keyakinannya ketika bersukan dan membawa cabaran negara.

Dia menjelaskan bahawa sambutan hari kemerdekaan merupakan hari yang bermakna buat dirinya dan seluruh rakyat Malaysia yang kini sudah bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.

Tambahnya lagi, Izzah menjelaskan bahawa sebagai atlet mereka akan tetap meneruskan latihan walaupun ketika hari cuti umum dan itu merupakan pengorbanannya sebagai seorang atlet.

"Erti kemerdekaan, seperti yang kita tahu kita pernah dijajah British dan merdeka pada 31 Ogos 1997.

"Bagi saya secara peribadi erti kemerdekaaan sebagai atlet ini adalah semangat patriotik dan menambah rasa keyakinan ketika bersukan.




"Kita boleh bebas untuk memilih dan berjaya pada suatu hari nanti. Semua orang menanti sambutan kemerdekaan negara dan merupakan salah satu perkara yang bermakna buat rakyat Malaysia.

"Saya tidak pernah berhenti ketika hari cuti, itu pengorbanan buat setiap atlet kecuali hari ahad. Merdeka dalam hati.

"Saya Nurul Izzah Izzati ingin mengucapkan selamat hari kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Saya bangga jadi anak Malaysia."katanya.