SUKAN LAIN

Sasaran tempat ketiga peringkat kumpulan tercapai

Stadium Astro
Adli Aidy
26/03/2025
06:42 MYT
Sponsor Banner
Sasaran tempat ketiga peringkat kumpulan tercapai
Skuad bola sepak pantai Malaysia berjaya mencapai sasaran untuk menamatkan kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 di kedudukan ketiga kumpulan D.
Kemenangan 3-1 ke atas Vietnam semalam menjadi kemenangan pertama dalam kempen kali ini dan tiga mata itu meletakkan Malaysia kedudukan di atas Vietnam, yang hanya meraih dua mata.
Bagaimanapun, kem negara terpaksa akur menamatkan kempen di Pattaya kali ini di peringkat kumpulan selepas tewas kepada Oman dan Bahrain dalam perlawanan terdahulu.
Malaysia juga gagal mengulangi pencapaian terbaik ke pusingan suku akhir.
Dalam pada itu, lapan pasukan yang sudah mengesahkan tempat dalam suku akhir iaitu juara bertahan, Iran, selain Oman, Lubnan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain serta tuan rumah, Thailand, dan juara 3 kali, Jepun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video