Skip to main content

Sukan Lain

Sasar pecah rekod kebangsaan jadi tonik Russel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

russel.jpg
Pelari  pecut muda negara, Russel Alexander Nasir Taib, mengakui tumpuan yang diberi kepadanya selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter sebelum ini menjadi tonik buatnya menghadapi Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang tamat semalam.

Bersinar dalam acara tumpuannya, atlet yang berkelana ke Australia itu memberi tumpuan penuh dalam acara 200m berbanding acara 100m yang turut disertainya.

Namun, hajat Russel untuk mendominasi acara kegemarannya itu tidak kesampaian apabila menamatkan saingan akhir di tempat kedua dengan catatan masa 21.12 saat, berbanding catatan terbaiknya 20.77s.

Atlet berusia 20 tahun itu belum berputus asa untuk meneruskan misi memecahkan rekod kebangsaan miliknya dan ia menjadi sasarannya jika diberi peluang menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Doha, 21 hingga 24 April ini.

"Selepas ini, saya akan mewakili Malaysia sekali lagi dalam Kejohanan Asia di Doha tetapi saya akan mengesahkan dengan siapa saya akan bertanding dan cuba yang terbaik dan sedaya-upaya saya," katanya.

Dalam masa sama, Russel sudah bersedia jika ditawarkan menyertai program di bawah Majlis Sukan Negara (MSN), malah mahu membuktikan prestasi yang lebih baik dalam kejohanan seterusnya.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik jika saya dipilih untuk berada dalam program MSN. Ia adalah satu perkara yang positif dan merupakan satu penghormatan buat saya," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video