Skip to main content

Hoki

Sarjit Singh mahu pemain tonjol kebolehan sebenar

sarjit.jpg
Menjelang siri jelajah perlawanan antarabangsa Eropah yang bermula dari 1 hingga 14 Julai, ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh menganggap sekarang adalah medan terbaik menguji barisan pemain untuk menampilkan kebolehan masing-masing agar kekal tersenarai dalam skuad The Speedy Tigers itu.

Pengendali kebangsaan itu yakin pendekatan membuka peluang sama rata kepada pemain  berpengalaman dan muda, mampu membawa diversiti dalam pasukan sekali gus menyediakan barisan utuh untuk mencari kejuaraan.

"Kita akan memberi peluang kepada para pemain untuk merasai pengalaman baru di mana skuad hoki akan bermain sebanyak tujuh perlawanan menentang pasukan berkualiti.

"Selepas ini, The Speedy Tigers akan dibarisi pemain terbaik selepas menjalani beberapa pemilihan untuk mewakili negara dalam pertandingan seterusnya," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video