HOKI

Sarjit panggil semula Faiz Helmi Jali

26/06/2024 | 06:51 MYT
Bekas pertahanan skuad hoki negara, Faiz Helmi Jali, dipanggil semula untuk menyertai 20 pemain menghadapi Siri Jelajah Eropah bermula 1 Julai 2024.
Malaysia akan menghadapi tujuh perlawanan membabitkan Belanda (ranking pertama dunia), Belgium (3), Jerman (5), India (7) dan Kelab Hoki Monchengladbach (Jerman).
“Kami perlukan pemain berpengalaman dan Faiz mampu tambah kekuatan pasukan.
"Dia sudah dua minggu menyertai sesi latihan pasukan dan barisan jurulatih yakin dia mampu memperkuatkan pasukan," kata pengendali negara, Sarjit Singh.
Malaysia akan berangkat ke Belgium pada Khamis ini dan kembali ke tanah air pada 16 Julai depan.
#Hoki #Sarjit Singh #Faiz Helmi Jali
;