The Speedy Tigers bagaikan Harimau terluka pasca kempen Piala Asia 2025 yang lalu.
Ini susulan skuad kendalian Sarjit Singh tempang tanpa deretan pemain utama ekoran masalah kecederaan.
Antara tonggak utama pasukan yang masih dalam fasa pemulihan adalah diketuai pakar pukulan sudut penalty negara, Syed Syafiq Syed Cholan yang menggalami keretakan pada jari tangan dan Azrai Aizad Abu Kamal yang bergelut dengan kecederaan lutut (meniskus) pada lutut kanannya. Disamping masalah kesihatan yang melanda tonggak tengah berpenggalaman, Fitri Saari.
Senario itu membuatkan Sarjit terpaksa menyediakan 'Pelan B' bagi mengharungi kempen Piala Sultan Azlan Shah 2025 di Ipoh, Perak pada November depan.
"Kami berterima kasih kepada Syed yang beraksi meskipun dalam kecederaan dan masih mahu membantu pasukan, dia jaringkan gol penting berdepan Korea dan China.
"Kehadiran Sohail Abbas di sini menjadikan flicker semakin bagus dan sekarang kami perlu dua lagi agar ada pilihan," katanya.
Dalam pada itu, Sarjit turut mengesahkan skuad negara bakal diuji pasukan handalan dunia seperti India, New Zealand dan Korea Selatan dalam aksi persahabatan yang dijangkakan berlangsung pada minggu kedua November nanti.
Sarjit sememangnya mendahagakan aksi kompetitif bagi menutup jurang perbezaan kualiti dalam skuad negara ketika ini yang melalui proses pembentukan semula yang direncanakan khas menuju temasya Sukan Asia Aichi, Nagoya 2026.
"Kami perlu jaringkan gol dalam aksi antarabangsa, kami perlu flicker yang baik. Semua jurulatih mahukan flicker yang bagus mungkin tiga atau empat flicker, mengapa tidak.
"Kamu cuba menjadikan Hakimullah (Anuar) dan Azrai sebagai flicker juga." tambahnya.
Beli Sekarang

Kawalan Lebih Padu
Kayu hoki yang seimbang untuk hantaran tepat & pukulan lebih bertenaga.
Beli Sekarang