BERITA SUKAN AM
Sarawak sedia jalin lebih banyak kerjasama anjur sukan bertaraf dunia
Sarawak terus rancang perkasa strategi demi meluaskan kredibiliti selaku tuan rumah bertaraf dunia dengan mempergiatkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.
Usaha ini merupakan satu inisiatif kerajaan dalam memastikan Sarawak kekal menjadi antara kuasa besar hub sukan di Malaysia.
Kejayaan penganjuran Sukan Malaysia 2024 menyaksikan wilayah kepulauan Borneo itu bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama dalam penganjuran Sukan SEA 2027 selain beberapa kejohanan antarabangsa antaranya Kejohanan Tenis Remaja Dunia (ITF) yang sedang berlangsung di Kuching.
Must-Watch Video