SUKAN LAIN
Sarawak jadi tuan rumah Grand Slam Pickleball pertama Malaysia
Sarawak akan menjadi tuan rumah pertama bagi MATTA Malaysia Pickleball Grand Slam 2025 (MPG2025), yang berlangsung dari 7 hingga 20 Oktober di PIKABOL, Kuching. Kejohanan ini dianjurkan oleh MATTA dengan sokongan kerajaan Sarawak untuk mempromosikan pelancongan sukan.
Dengan 1,350 peserta dari dalam dan luar negara serta lebih 2,600 pelawat, acara ini dijangka memberi impak besar kepada ekonomi tempatan. Hadiah keseluruhan RM100,000, yang terbesar di rantau ini, bakal menarik ramai pemain profesional dan peminat pickleball.
Pickleball semakin berkembang di Sarawak, terutama di Kuching, Miri, Sibu, dan Sarikei, serta di 11 negeri lain di Malaysia. Daya tarikannya terletak pada kos rendah dan kemudahan bermain, menjadikannya pilihan sukan yang semakin popular.
MATTA juga menandatangani MoU dengan Persatuan Pickleball Malaysia bagi memperkembangkan sukan in dan MPG2025 akan menampilkan kategori beregu lelaki, wanita, campuran, serta acara berpasukan, terbuka kepada pelbagai tahap kemahiran dan umur.