Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, menjelaskan bahawa Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi tuan rumah kejohanan olahraga berprestij berstatus peringkat Asia pada 2026.

Bagaimanapun, KOM meminta sedikit masa bagi pengesahan nama kejohanan tersebut secara rasmi demi mengelakkan sebarang spekulasi.

"Dalam masa sama, saya turut mengadakan perbincangan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, terhadap kemungkinan untuk menjadikan Sarawak sebagai lokasi tetap pertandingan tersebut atas dasar penganjuran Sukma yang meriah," kata Shahidan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.

Dalam perkembangan lain, atlet 110m berpagar lelaki, Mohd Fiross Mohd Faizal, mahu menjadikan pingat perak yang diraih di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 sebagai azimat untuk menampilkan persembahan lebih baik menjelang Kejohanan Olahraga Dunia B-20 di Lima, Peru, 26 hingga 31 Ogos ini.

Dalam perkembangan lain, atlet 110m berpagar lelaki, Mohd Fiross Mohd Faizal, mahu menjadikan pingat perak yang diraih dalam edisi ini sebagai azimat untuk menampilkan persembahan lebih baik menjelang Kejohanan Olahraga Dunia B-20 di Lima, Peru, bermula Isnin ini.

"Sasaran utama saya ialah untuk memasuki peringkat akhir.

"Namun, sekiranya ada rezeki saya akan berjuang untuk menduduki tempat di podium.

"Malah, saya mahu mencatatkan masa peribadi yang baru," kata Fiross.