Skip to main content

Olimpik

San Siro pentas majlis pembukaan Milano Cortina 2026!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

san-siro.jpg
Stadium San Siro yang terletak di Milan, Itali bakal menjadi pentas untuk majlis pembukaan gilang gemilang Sukan Olimpik musim sejuk 2026 atau dikenali sebagai Milano Cortina 2026.

Milano Cortina 2026 akan membuka tirainya pada 6 Februari sehingga 22 Februari dan akan menyaksikan perebutan sebanyak 1146 pingat (245 emas, 245 perak, 245 gangsa) dalam 116 jenis sukan yang dipertandingkan. 

Untuk rekod, San Siro merupakan laman keramat bagi pasukan juara 19 kali Serie A dan satu kali juara Piala Dunia kelab FIFA iaitu AC Milan.

Stadium yang mampu memuatkan seramai 80,081 penonton adalah stadium terbesar di Itali dan antara yang terbesar di Eropah. San Siro juga pernah menjadi venue pembukaan bagi Piala Dunia pada tahun 1990 di mana Jerman meraih gelaran ketiga mereka dan Itali meraih tempat ketiga.

San Siro juga menjadi saksi konsert pelbagai selebriti terkenal dunia seperti Bob Marley pada 1980, Michael Jackson pada 1997, Coldplay pada 2023 dan Taylor Swift pada 2024.

Advertisement

Must Watch Video