Skip to main content

Sukan Lain

SAM-PRIHATIN teruskan usaha santuni ahli memerlukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bantuan-sam.jpg
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) meneruskan usaha menyantuni ahlinya yang memerlukan bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Seramai enam ahli atau keluarga mereka yang memiliki masalah kesihatan menerima bantuan itu, yang berupa bakul makanan dan wang tunai.

Ada di antara mereka yang membesarkan anak istimewa dan sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat menceriakan sambutan lebaran buat mereka.

Tiga minggu lalu, SAM turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 72 anak ahlinya dan program ini akan dipergiatkan lagi pada masa akan datang.

Timbalan Presiden SAM, Ahmed Faisal Jamal, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman: "Insya-Allah kami akan mengkajinya dari semasa ke semasa.

"Kami akan mengadakan perbincangan dan jika ada lebih banyak sokongan daripada badan-badan korporat, yayasan atau apa sahajalah, mungkin kami akan memperluaskannya lagi kepada lebih ramai ahli-ahli yang memerlukan untuk bersama mendapatkan manfaatnya."

 

Advertisement

Must Watch Video