SUKAN SEA
Sambo: Meeraj gusar skuad negara kurang persediaan
Meeraj Khan bimbang dengan persiapan skuad sambo negara menjelang Sukan SEA Filipina, November depan, di sebalik keputusan mengejutkan apabila dia terpilih menyertai temasya dwitahunan itu walaupun dikenakan hukuman penggantungan dan terbabit dengan kemalangan jalan raya.
Sebelum ini, bintang sukan seni bela diri campuran (MMA) negara itu digantung oleh Persatuan Sambo Malaysia (MSA) kerana mengkritik keputusan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Bagaimanapun, selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA, namanya tersenarai untuk mewakili negara ke temasya itu di samping Fakhrul Izzat Afandi dan Noor Asnida Abdul Razak.
Iklan
Namun, wujud kebimbangan mengenai persiapannya bersama skuad kebangsaan memandangkan mereka masih belum memulakan latihan pusat meskipun Sukan SEA hanya berbaki dua bulan dari sekarang.
"Pihak persatuan tidak memiliki dana yang mencukupi.
"Pasukan jiran seperti Filipina dan Indonesia pergi ke India dan Mongolia untuk berlatih selama lapan hingga sembilan minggu.
"Tetapi setiausaha persatuan sedang mengusahakannya dan dia sedang berusaha untuk mengadakan latihan pusat di Terengganu.
"Saya tahu ia bukanlah kem latihan bertaraf antarabangsa tetapi hanya itulah yang kami mampu setakat ini," katanya.
Must-Watch Video