Hubungan erat dua entiti sukan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) memasuki era revolusi apabila jalinan kerjasama terbaru menerusi perjanjian peralihan pejabat SAM dari Wisma OCM Jalan Hang Jebat ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Peralihan lokasi ibu pejabat SAM itu dijangkakan pada minggu kedua April dan ianya akan menjadi pusat sehenti dan memudahkan ahli-ahli SAM untuk membuat liputan.
Presiden SAM, Norismadi Abdul Manap, ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Anjuran KBS dan SAM di Hotel terkemuka Kuala Lumpur semalam berkongsi:
"Selepas sekian lama, permohonan kami untuk mendapatkan ruang pejabat baru di SNBJ telah diluluskan dan selepas raya akan berpindah operasi.
"Pejabat SAM akan berpindah secara rasmi dalam minggu kedua raya, akan ada majlis bersama ahli. Semoga ia dapat memudahkan ahli terutamanya terdapat acara di SNBJ.
"Kami berharap ia menjadi ruang perhentian buat ahli nanti." katanya.