Allahyarhamah Salina yang sebelum ini terlantar di sebuah rumah jagaan di Seremban itu menerima perhatian menerusi Projek Ramadan di antara Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Astro Arena.
Bagaimanapun, keadaannya semakin kritikal sebelum menghumumkan nafasnya yang terakhir pada jam 8 malam tadi.
Adik beradiknya juga sempat menziarahinya dan membelinya baju kurung.
Kami menerima khabar duka bahawa bekas pelumba berbasikal negara, Salina Yussof telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 8 malam tadi.
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) April 5, 2024
Pemergian dicemburui pada malam Jumaat dan lima hari terakhir Ramadhan. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah.@ASTROARENA pic.twitter.com/pHiTTuiXb8
Dalam laporan wartawan Astro Arena 15 Mac lalu, Fatin Ruzaiman, pemenang pingat emas Sukan SEA Bangkok 1985 itu disahkan sedang menghidap kanser usus tahap empat.
Salina pernah menyatakan hasrat dalam Projek Ramadan untuk beraya bersama adik-beradiknya selepas kehilangan suami dan anak tunggal.
Selepas laporan itu viral, adik-beradiknya datang menziarah dan turut menyerahkan baju raya sumbangan penaja Projek Ramadan.