Skip to main content

Sepak Takraw

Sakit lah macam mana pun, selagi tidak patah selagi itu saya akan lawan -- Azlan Alias

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlan-alias-injured.jpg
Perejam skuad sepak takraw negara, Azlan Alias, mengakui dia sanggup mengetepikan rasa sakit yang dialaminya dalam aksi final acara regu berpasukan Kejohanan Piala Asia ASTAF 2025 semalam, adalah semata-mata demi negara.

Biarpun Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand dalam penentuan gelaran acara itu di Stadium Tititwangsa, Azlan berkata dia tidak rela membiarkan rakan sepasukannya berjuang bersendirian tatkala khidmatnya di gelanggang masih diperlukan.

Perejam berpengalaman kelahiran Pulau Pinang itu turut memberikan jaminan, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu akan berusaha untuk bangkit dalam Kejohanan Piala Raja Thai pada Julai depan selain Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

"Saya kalau boleh mahu bermati-matian dalam gelanggang, itulah jiwa saya" katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Sakit lah macam mana pun, selagi tidak patah, selagi itu saya akan lawan tetapi tiada rezeki.

"Susunannya sudah cantik. Alhamdulillah, saya boleh katakan semua pejuang Malaysia ini sudah memberikan 100 peratus," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video