Skip to main content

Sukan Lain

Saizul lega isu kontrak selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saizul-hafifi.jpg
Selepas menanti selama hampir setengah tahun, ketua jurulatih skuad ragbi 7's negara, Saizul Hafifi Mohd Noor, boleh  menarik nafas lega setelah kemelut yang melibatkan kontraknya diselesaikan dengan keputusan positif.

Saizul sebelum ini terpaksa berulang-alik dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Johor ke Majlis Sukan Negara (MSN) setiap minggu kerana masih bertanggungjawab sebagai tenaga pengajar dan sukar mendapatkan pelepasan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Selepas lima bulan, Saizul mendapat lampu hijau untuk fokus melatih skuad kebangsaan secara sepenuh masa sehingga selesai Sukan SEA Filipina, November depan.

Ia jelas memberikan kelegaan memandangkan sesi latihan sebelum ini lebih banyak dikendalikan oleh pembantunya, Mohamad Nazeer Nesharah.

"Bagi saya, ia satu perkembangan yang baik.

"Sebelum ini, saya terpaksa berulang-alik, namun selepas penyelesaian positif daripada pihak KPM, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada KPM dan MSN.

"Ia memberikan kelegaan yang banyak kerana saya tidak perlu lagi berulang-alik hingga Sukan SEA," katanya.

Tugasan Saizul selepas ini adalah membimbing skuad negara ke Sapporo, Jepun bagi menyertai Kejohanan Pirika Moshiri, 15-16 Jun ini.

"Kami mempunyai dua atau tiga kejohanan lagi dan kejohanan di Sapporo itu merupakan kejohanan pertama selepas hari raya.

"Kami hanya boleh membawa 12 pemain dan ia merupakan salah satu medan buat saya untuk memilih pemain.

"Walaupun hanya 12, saya berharap pemain yang terpilih untuk ke Sapporo dapat buat yang terbaik.

"Ia bagi memastikan saya dapat membuat keputusan yang tepat," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video