Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatih ragbi lelaki 7 Sebelah (7s) Kebangsaan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor, selepas kontraknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan badan induk ragbi negara berakhir Sabtu ini.
Menurut KRM, Saizul Hafifi yang telah membimbing pasukan kebangsaan selama lapan tahun bermula 2015 secara rasminya melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih ragbi lelaki 7s bagi memberi tumpuan dalam bidang pendidikan dan keluarganya.
"Beliau juga tidak menolak sekiranya khidmat beliau masih diperlukan pada masa akan datang.
"KRM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Saizul Hafifi atas sumbangan bakti serta khidmatnya sepanjang mengendalikan pasukan ragbi lelaki 7s kebangsaan yang juga dikenali sebagai Bungaraya 7," kata badan induk ragbi negara itu hari ini.
Pada masa sama, KRM juga masih lagi belum memuktamadkan nama ketua jurulatih Bungaraya 7s yang baharu.
"Senarai calon -calon bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut akan diperhalusi oleh pengarah kejurulatihan bersama pengarah prestasi Tinggi sebelum keputusan dibuat," kata kenyataan itu lagi.
Kredit: Sinar Harian