Kerjasama antara Moonton Games dengan jenama teknologi moden Infinix antara kelainan yang bakal dijelmakan dalam saingan Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang (MPLMY) Musim Ke-15 kali ini.
Infinix kini merupakan rakan telefon pintar rasmi bagi saingan MPL Malaysia bagi tempoh dua tahun sepanjang empat musim penganjuran akan datang.
Model baru Infinix GT 20 Pro turut diumumkan sebagai telefon pintar gaming rasmi kempen MPL nanti..
"Untuk musim akan datang kami akan bekerjasama dengan Infinix serta empat musim akan datang, dengan Infinix akan menjadi telefon pintar rasmi bagi kejohanan. Kami turut menjangkakan prestasi kualiti yang tinggi," kata Ketua Esports Malaysia And Sea Incubation, Moonton Games.
Bukan sekadar menaja MPL, kerjasama dengan salah satu pasukan E-Sukan iaitu Ocean Black juga merupakan antara pendekatan yang di ambil oleh Infinix musim ini.
"Saya percaya ini permulaan buat kolaborasi kami. Pada masa akan datang kami merancang untuk pemasaran kempen di Malaysia termasuk liga pelajar dan bukan sahaja liga profesional." tambah Pengarah jenama Infinix Malaysia, Kiat Hong Wai.