TERJUN
Saingan di Malaysia tidak kompetitif sumbang mentaliti 'sekadar pendedahan'
Pengarah teknikal terjun Malaysia, Bryan Nickson Lomas mula mengambil langkah untuk mendidik atlit menukar cara pemikiran dan strategi ketika bertanding dalam sesuatu kejohanan.
Cukup dengan mentaliti 'pendedahan' bagi atlit dalam setiap kejohanan, Bryan mula menerapkan semangat untuk beraksi cemerlang tidak kira bertanding dalam apa jua peringkat kejohanan sekali pun.
"Saingan dalam Malaysia sendiri tidak kompetitif dan sebab itulah atlet kita berasakan ia sebagai pendedahan dalam setiap kali kejohanan.
"Sebab di negara luar, pertandingan domestik sekali pun sangat kompetitif sehingga, siapa yang layak ke Olimpik pun mereka masih tidak berasa pasti.
"Mereka perlu menjalani satu sesi ujian sebelum mengesahkan slot mereka ke Olimpik berbanding kita yang kalau ada yang layak, seratus peratus atlit yang sama itu akan pergi.
"Tapi seperti negara Amerika Syarikat, Great Britain akan mengadakan sesi ujian dua bulan sebelum ke Olimpik atau apa pun kejohanan besar," katanya menerusi Nadi Breaking.
Bryan juga berkongsi slot buat Dhabitah ke Olimpik berpeluang tipis namun, segala keputusan bakal dibuat oleh World Aquatics dalam tempoh Mac hingga Jun ini.