Gimnas negara, Izzah Amzan, bakal menghadapi saingan Piala Cabaran Dunia di Belarus, Jumaat ini, sekali gus menjadi medan untuk meningkatkan prestasi dalam memburu tiket ke Sukan SEA Filipina, November depan.
Kehadiran gandingan gimnas muda dan berpengalaman seperti Rayna Hoh dan Amy Kwan Dict Weng menyaksikan Izzah perlu berhempas-pulas untuk memastikan tempat ke Sukan SEA.
Selepas menerima pendedahan dalam Kejuaraan Asia Tenggara di Thailand baru-baru ini, dia kini lebih yakin untuk mencapai sasaran di pentas Piala Cabaran Dunia.
Atlet berusia 19 tahun itu diganggu kecederaan lama di bahagian lutut kiri dan kanannya, namun dia menegaskan tidak akan terkesan dengan faktor itu.
"Terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki sebelum Sukan SEA. Jadi, kami memiliki kira-kira tiga bulan sebelum Sukan SEA dan konsisten dalam latihan sangat penting. Saya akan berlatih untuk mengesahkan tempat ke Filipina," katanya.
Sementara itu, Tammy Ng Jia Wen kini berada dalam keadaan terbaik untuk membuktikan keupayaan sebenar dalam merebut slot ke Filipina dan ia akan menjadi penampilan sulungnya di pentas Sukan SEA jika terpilih membarisi skuad kebangsaan.
"Saya harap dapat menjadi lebih konsisten dalam latihan. Saya akan cuba yang terbaik dan cuba mendapatkan tempat dalam pasukan," ujarnya.