Skuad hoki negara menamatkan kempen Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara di Gniezno, Poland dalam kelompok ketiga tercorot daripada sembilan pasukan yang bertanding.
Senario itu sememangnya dijangka memandangkan ketua jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh, masih dalam fasa membentuk skuad baru dengan penekanan terhadap peluang pemain muda.
Namun, bekas pemain negara berstatus olimpian, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, berasakan Sarjit harus membuat pusingan 'U' terhadap kriteria pemilihan pemain dan kembali bergantung harap kepada pemain senior yang diketepikan sebelum ini.
Masa semakin suntuk buat Sarjit menuju objektif utama, pingat emas Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 dan atas faktor itu, Saiful Zaini menegaskan keperluan untuk memanggil pemain berpenggalaman.
"Saya punya pandangan, kita perlu kekalkan pemain senior yang masih boleh beraksi untuk jamin jurang kita tidak jatuh terlalu jauh.
"Contoh kita ada Faiz Helmi yang masih muda dan masih mampu bertahan setahun dua lagi sebelum pemain baru ini menyerlah .
"Jadi mereka patut dikekalkan kerana pengalamannya," katanya.