Saiful Zaini optimis Sohail Abbas mampu lahirkan pemain flicker berkelas dunia

Saufi Tahir
Oktober 4, 2024 19:09 MYT
Skuad hoki negara dibawah kepimpinan Sarjit Singh tampak masih belum sampai ke tahap hoki antarabangsa susulan prestasi The Speedy Tigers selepas Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara dan saingan Trofi Juara-Juara Asia bulan lalu.
Atas faktor itu, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) melantik bekas bintang Pakistan, Sohail Abbas untuk menyelesaikan masalah utama dari aspek pukulan sudut penalti khususnya.
Namun, bekas pemain negara berstatus Olimpian, Nor Saiful Zaini, menawarkan dua naratif yang mampu menjawab persoalan sama ada adakah The Speedy Tigers akan kembali garang atau sebaliknya.

Pakar sudah mariii .. KHM di jangka menggunakan kepakaran bekas pemain kebangsaan Pakistan, Sohail Abbas yang memegang rekod jaringan tertinggi di dunia, 348 jumlah jaringan dalam 311 penampilan di pentas antarabangsa.@ASTROARENA pic.twitter.com/RzRV4Nyipz

— FinaNasrom (@fnasrom) October 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Masalah ketiadaan flicker berkelas dunia selain Faizal Saari menjadi kerisauan utama disamping perubahan undang-undang reka bentuk kayu hoki moden ketika ini.
Untuk rekod, bekas kapten negara, S. Kuhan dan lagenda Australia, Christopher Ciriello, pernah dibawa untuk melatih Flicker negara namun peratusan gol dari gerakan pukulan sudut penalti masih di tahap merisaukan.
"Zaman dia kami lihat kayu dia berbeza berbanding sekarang daripada aspek lengkungan kayu itu. Dan banyak menggunakan kayu itu untuk flick, dan katika itu sangat kuat sehingga penggunaan kayu itu diharamkan ketika itu.
"Kehadiran Sohail Abbas ini bagus jika kita mempunyai flicker, dan mungkin dia akan mengubah peratusan itu. Tetapi dunia hoki moden berubah daripada sudut flick dan Malaysia kekurangan flicker yang sempurna.
"Sohail boleh bantu daripada aspek itu." katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Untuk rekod, Sohail mempunyai sejarah tersendiri dalam dunia hoki susulan pernah mencetak jaringan terbanyak dalam sejarah iaitu sebanyak 348 gol, serta memegang rekod 100 jaringan terpantas dalam setahun.
#Hoki #Sohail Abbas #Saiful Zaini