Skip to main content

Sukan Lain

SAGA: Keningau dominasi silat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saga.jpg
Tuan rumah, Keningau, mendominasi acara silat Sukan Sabah (SAGA) 2019 apabila mengumpul keseluruhan enam pingat emas, enam perak dan tiga gangsa. 

Kesemua pingat emas yang dimenangi adalah menerusi silat olahraga masing-masing bagi kategori putra dan putri, silat seni kategori putra (3 emas) dan putri (1 emas). 

Selain itu, Keningau turut mengumpul enam pingat perak dan tiga pingat gangsa sejak acara itu bermula minggu lalu di Tambunan. 

Sementara itu, Kota Marudu berada di kedudukan kedua pungutan pingat acara silat selepas memenangi tiga emas, satu perak dan empat gangsa manakala Lahad Datu di kedudukan ketiga dengan  jumlah tiga emas, satu perak dan tiga gangsa. 

Lain-lain kontinjen yang memenangi pingat dalam acara itu termasuk Tawau (2 emas, 5 perak, 1 gangsa), Kalabakan (2 emas, 1 gangsa), Kinabatangan (1 emas, 1 perak, 2 gangsa), Beaufort (1 emas, 3 gangsa), Tuaran (1 emas, 1 perak, 1 gangsa), Tambunan (1 emas, 4 gangsa), Sandakan (1 emas, 3 gangsa), Nabawan (1 emas, 1 gangsa) dan Semporna (1 emas).

**Kredit imej Jabatan Penerangan Malaysia

Advertisement

Must Watch Video