Skip to main content

Sukan Lain

Safuan masih berpeluang ke Sukan Komanwel 2018

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

12917bolingpadang.jpg
Jurulatih boling padang negara, Zuraidi Puteh, mengesahkan peluang bekas juara dunia, Safuan Said, untuk mewakili negara ke Sukan Komanwel tahun depan masih cerah walaupun gagal menyerlah dalam Sukan SEA Kuala Lumpur bulan lalu.
 
Skuad boling padang negara adalah antara yang cemerlang dalam temasya KL2017 menerusi tujuh pingat emas.
 
Hanya acara lelaki empat sepasukan tidak berjaya menyumbang emas apabila gandingan yang diketuai Safuan sekadar memenangi perak.
 
Berdasarkan situasi semasa, kedudukan Safuan tampak goyah, apatah lagi hanya 10 daripada 20 atlet yang beraksi dalam Sukan SEA akan dipilih ke Gold Coast, Australia tahun depan.
 
"Beberapa faktor mereka tewas dalam perlawanan tersebut dan tidak adil untuk menilai mereka daripada satu kejohanan. Kami akan terus menilai mereka dalam kejohanan akan datang," kata Zuraidi.

Atlet negara kini diberi rehat panjang sebelum kembali berlatih 17 September ini untuk menghadapi tiga kejohanan besar pada Oktober dan November.
 
Zuraidi tidak menolak kemungkinan tiga kejohanan itu akan menjadi medan pemilihan atlet negara ke Sukan Komanwel nanti.

Advertisement

Must Watch Video