Skip to main content

Sukan Lain

Sabiamad anggap isu Muslifah, Ayuni selesai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

19717sabiamad.jpg
Pengurus pasukan menembak negara, Datuk Sabiamad Abdul Ahad ingin menutup kes berhubung penguguran dua atlet senior, Muslifah Zulkifli dan Ayuni Farhana Abdul Halim ke Sukan SEA Kuala Lumpur sehingga menimbulkan konflik antara mereka.

Selepas dibidas hebat oleh Muslifah dan Ayuni baru-baru ini mengenai penguguran mereka di pentas Sukan SEA, Sabiamad enggan memanjangkan lagi perkara itu sebaliknya menganggap ia sudah selesai.

Beliau percaya pemilihan atlet yang dilakukan untuk edisi ini adalah wajar berdasarkan prestasi yang ditampilkan barisan penembak lain sepanjang tahun dan tidak berat sebelah.

Bagi Sabiamad, isu ini tidak perlu lagi dibahas kerana apa yang lebih penting, fokus terhadap Sukan SEA untuk mencapai sasaran empat pingat emas.

"Saya menganggap kes ini sudah ditutup, saya enggan melayan perkara ini lagi. Keputusan yang dilakukan melibatkan Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), dan barisan jurulatih," kata Sabiamad.

Bagaimanapun, pintu sentiasa terbuka untuk dua atlet berkenaan jika mereka benar-benar ingin kembali ke pangkuan skuad kebangsaan pada masa akan datang kerana mereka juga antara penembak berpengalaman besar.

"Peluang masih terbuka untuk kembali ke pangkuan skuad negara. Terdapat beberapa atlet yang telah digugurkan tetapi kini kembali dan mampu beraksi dengan lebih baik. Gagal sekarang tidak bermakna gagal selama-lamanya." 

Advertisement

Must Watch Video