Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sabah sedia tampil cabaran jika KPM beri lampu hijau

jiwamohan.jpg
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) buat persediaan awal menganjurkan Liga Hoki Malaysia (LHM) dengan mendapatkan maklum balas pasukan mengenai kesediaan beraksi bulan depan.

Pemain tengah Sabah, Jiwa Mohan mengakui pasukannya sedia mencabar jika Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi lampu hijau kepada 12 rakan sepasukannya.

Sabah antara yang bergelut untuk buat penampilan sulung LHM selepas KPM melarang pelajar sekolah beraksi.

Mereka juga belum melantik jurulatih baru selepas I. Vickneswaran menarik diri.

Apa yang positif, pemain Sabah tetap meneruskan sesi latihan secara atas talian sekali gus sedia mencabar jika dapat lampu hijau KPM.

"Kami telah berehat tetapi pemain menjalani latihan di rumah masing-masing dan pasukan Sabah bersedia untuk beraksi dalam LHM. Sebilangan besar pemain pasukan Sabah adalah pemain adalah pelajar sekolah dan berharap dapat meraih lampu hijau daripada KPM," katanya.

Selain Sabah, TNB Thunderbolt pula memiliki 11 pemain berstatus pelajar sekolah.

KHM dijangka mengadakan sidang media, Khamis ini untuk menerangkan status LHM yang ditunda sejak bulan lalu.

Sementara itu, majoriti daripada lapan pasukan kategori lelaki sedia mencabar LHM, cuma mereka minta KHM menyatakan tarikh liga lebih awal untuk membuat persediaan.

"Kami memerlukan masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu untuk membuat persiapan," kata jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), K. Rajan.

Advertisement

Must Watch Video