HOKI
S. Kumar antara penjaga gol terbaik dunia -- Martijn
Jurulatih penjaga gol hoki negara, Martijn Drijver, menganggap benteng terakhir negara, S. Kumar, sudah berada dalam kelompok terbaik dunia selepas kembali ke Malaysia untuk membantu persiapan ke separuh akhir Liga Dunia di London, England, bulan depan.
Khidmat Drijver sekali lagi ditagih The Malaysian Hockey Tigers.
Pengendali kelahiran Belanda ini membantu persiapan penjaga gol skuad lelaki dan wanita negara yang akan memburu tiket ke Piala Dunia 2018.
Iklan
Bagi skuad lelaki, Drijver menganggap Malaysia bertuah kerana memiliki penjaga gol seperti Kumar yang sudah mencapai tahap terbaik dunia pada usia 38 tahun.
"Kenapa dia masih beraksi? Ini adalah kerana dia masih berminat untuk memperbaiki permainannya. Jadi, dalam setiap latihan, kami akan melatihnya untuk naik ke tahap yang lebih baik.
"Sesetengah orang hanya nampak seorang penjaga gol mempamerkan persembahan yang baik tanpa mengetahui bahawa dia telah melalui banyak latihan keras untuk mencapai tahap itu," jelasnya.
Kumar berada di landasan terbaik untuk ke London sementara posisi penjaga gol simpanan akan direbut Mohd Hafizuddin Othman dan Hairi Abd Rahman.
"Dulu latihan banyak tertumpu kepada arah koordinasi mata tetapi sekarang banyak melibatkan pergerakan kaki.
"Kini latihan terarah kepada memberi penumpuan penuh kepada bola agar kita mengelak daripada melakukan keputusan yang salah," kata Kumar.
Malaysia akan berlepas ke London, 7 Jun ini untuk mengadakan tiga aksi persahabatan sebelum memulakan kempen berdepan Argentina selaku pemenang pingat emas Sukan Olmpik Rio 2016.
Must-Watch Video