Skip to main content

Sukan Lain

Russel mahu perbaiki persembahan dalam Kejohanan Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img_6137.jpeg
Pemegang rekod 200 meter kebangsaan, Russel Alexander Nasir Taib, enggan menoleh ke belakang dengan menjadikan Kejohanan Olahraga Asia di Doha sebagai medan untuk menyinar demi mengejar misi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pemenang pingat perak Terbuka Malaysia itu sudahpun mempersiapkan fizikal dan mental menjelang Kejohanan Asia yang akan bermula 21 April ini.

Semangat Russel untuk terus menyerlahkan kemampuannya dalam arena olahraga wajar diberi pujian kerana semua urusan kewangan ditanggung sendiri dia dan keluarganya tanpa bantuan daripada kerajaan Australia.

Justeru, anak bongsu daripada empat adik-beradik itu masih lagi menunggu kata putus daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk bernaung di bawah persatuan itu kerana KOM masih belum membuat tawaran rasmi.

"Saya telah berbincang dengan pihak KOM dan memberikan beberapa bayangan mengenai perancangan untuk saya bagi masa akan datang," katanya.

KOM meletakkan sasaran untuk atlet berusia 21 tahun itu mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan SEA Filipina, November depan, sekali gus membuka peluang buat Russel mempergiat usaha bagi memastikan impian beraksi dalam temasya Tokyo 2020 tercapai.

"Ia merupakan impian semua atlet untuk beraksi di Sukan Olimpik dan mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan utama tahun ini akan meningkatkan tahap keyakinan dan mencerahkan peluang untuk layak ke Tokyo 2020," katanya.

Advertisement

Must Watch Video