SUKAN-LAIN
Run For Clean Sports demi meterai kesedaran bahaya dadah
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Institut Sukan Negara (ISN) mengorak langkah positif dengan penganjuran larian 'Run For Clean Sports 2025' sambil menekankan mesej anti-doping dalam kalangan lapisan masyarakat.
Penganjuran julung kali diadakan itu dilihat mampu menjadi platform kesedaran awam tentang bahaya penggunaan dadah dalam kerjaya atlet, sekali gus menyokong usaha melahirkan ahli sukan berdaya saing, sihat dan beretika.
"Mereka yang menyertai program ini diberi kesedaran melalui pameran yang diadakan bersama sokongan atlet kebangsaan yang hadir," kata Pengarah PPUM, Dr. Nazirah Hasnan.
Iklan
Lebih mencuri tumpuan, sambutan yang disajikan daripada komuniti turut menampakkan impak positif dengan lebih 400 peserta yang tergolong daripada golongan dewasa, kanak-kanak dan warga emas menyertainya.
Perkembangan memberangsangkan itu turut membuka peluang pihak penganjur untuk melaksanakan program itu secara berkala dengan naratif yang berbeza sebagai kempen berterusan untuk memerangi isu doping di peringkat akar umbi.
"Khususnya atlet yang bertanding di peringkat antarabangsa, kami tidak mahu terlibat dengan perkara seperti doping.
"Bukan sekadar atlet elit, kalangan masyarakat juga harus diberi kesedaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Vellapandian Ponnusamy.
Must-Watch Video