Skip to main content

Sukan Lain

Rugbi Asia Emirates: Skuad wanita sasar tempat keenam di Sri Lanka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Pasukan rugbi wanita kebangsaan akan kembali beraksi dalam pusingan kedua Kejohanan Rugbi Asia Emirates di Colombo, Sri Lanka pada minggu hadapan.

Skuad kendalian Faiz Samsukhidir, dan diketuai kapten oleh Rozliana Mohd Ridwan meletakkan sasaran untuk membaiki kedudukan antara enam pasukan terbaik, selepas menamatkan kempen sebelum ini di tangga kelapan.

Berada dalam Kumpulan B bersama China, Kazakhstan dan Filipina, kejohanan ini turut dianggap ujian awal menentang Filipina sebelum pertemuan sulung dalam Sukan SEA Thailand 2025.




"Memasuki siri seterusnya ini, kami sudah melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa. 

"Bertemu Filipina ini ibarat pertemuan awal sebelum berjumpa semula hujung tahun ini.

"Kami mensasarkan untuk berada di tempat keenam, dan sedang mengurangkan kelemahan serta meningkatkan kelajuan," kata Rozliana.

"Kami sudah mengenal pasti kelemahan dan kelebihan. 

"Saya berharap para pemain dapat memberikan yang terbaik," kata Faiz.
Snek

Snek Sihat Untuk Semua

Snek Heal’s Protein Puffs ni untuk korang yang suka snek tapi nak kekal sihat.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video