RTG: Tiada ruang buat atlet gagal capai KPI
Shaiful Shamsudin
Februari 25, 2024 20:01 MYT
Februari 25, 2024 20:01 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memberi bayangan tiada tempat untuk atlet Program Road to Gold (RTG) dikekalkan seandainya mereka gagal menepati petunjuk prestasi utama (KPI) yang diperlukan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Ia bermaksud bakal berlaku pengguguran beberapa atlet yang sudah berada dalam Program RTG berikutan daripada kegagalan mereka mendapatkan slot merit dalam siri kelayakan terakhir.
Ia akan diputuskan dalam Mesyuarat Program RTG hujung bulan ini.
"Ia sudah terang ketika kriteria RTG ditetapkan, tiada rundingan terhadap atlet tertentu.
"Apabila kami memberitahu mereka tentang kriterianya dan bentuk bantuan yang boleh dinikmati, maka mereka perlu mencapai sasarannya jadi kita perlu tunggu keputusan daripada jawatankuasa," katanya.
Hannah ditemui ketika membuat tinjauan pasukan Sukan Touch Football yang bakal membuat penampilan dalam Piala Dunia Julai depan dengan menghantar skuad 50-tahun ke atas.
"Sukan ini mempunyai pelbagai peringkat umum.
Tahun ini Malaysia menghantar tiga wakil iaitu pasukan campuran, pertengahan 40-an dan warga emas, " kata Naib Presiden MTA, Mohd Farid Shah.