SUKAN-LAIN

Rozita Che Wan berkongsi kisah pemergian anak bongsu Zaquan Adha

Gempak 11/02/2025 | 15:13 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, yang merupakan ibu saudara anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha menceritakan kisah pemergian anak saudara kesayangannya pada Selasa.
Anak bongsu Zaquan Adha dan Ayu Raudhah, Muhammad Aisy Al Rees telah pergi buat selamanya menerusi kemaskini laman sosial Instagram pemain tersebut hari ini. Menerusi hantaran tersebut, Zaquan berkongsi berita sedih mengenai perkara tersebut dan memohon doa semua agar beliau dan isteri tabah menghadapi dugaan ini.
Dalam pada itu, menerusi laporan Astro Gempak, pelakon terkenal Rozita Che Wan berkongsi kisah pemergian anak saudara kesayangannya. Menurut beliau, perkembangan yang diterima daripada Ayu ialah arwah Muhammad Aisy Al Rees tidak sedarkan diri kira-kira jam 1 tengahari tadi ketika berada di rumah, sebelum Ayu membuat keputusan menghubungi ambulans.
Menurut laporan awal, jenazah telah berada di Hospital Rembau dan dijangkan akan dikebumikan malam ini. Che Ta turut berkongsi kesedihan tersebut dengan menyifatkan arwah Muhammad Aisy Al Rees sebagai anak buah yang baik dan rapat dengan beliau.
Kami mewakili seluruh warga Stadium Astro & Astro Arena berdoa semoga Zaquan Adha dan seluruh ahli keluarga tabah menghadapi ujian ini. Al Fatihah.
#Zaquan Adha Abdul Radzak #Zaquan Adha #Belasungkawa
;