Skip to main content

Permotoran

Rossi bakal terlepas baki saingan 2017

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

valentino-rossi-cropped_1787tuob0t2pn1ubq0i319bnad.jpg
Ikon MotoGP, Valentino Rossi, bakal terlepas peluang untuk menamatkan saingan musim 2017 sehingga ke perlumbaan terakhir selepas dipercayai mengalami kecederaan patah kaki.

Rossi mengalami kecederaan itu ketika menyertai motocross ketika “sesi latihan” di kampung halamannya dan wakil daripada pasukannya, Movistar Yamaha, mengesahkan perkara yang menimpa pelumba veteran dari Itali itu.

Walaupun pihak Yamaha tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terperinci mengenai kecederaan yang menimpa Rossi, bapanya, Graziano, memberitahu tentang keadaan anaknya itu.

“Rossi tidak begitu meyakinkan. Mereka khuatir ia tentang tulang yang patah.

“Untuk melakukan imbasan, mereka perlu memotong but yang dipakai dan Rossi memberitahu bahawa dia berasa sangat teruk,” kata Graziano.

Pelumba berusia 38 tahun itu bakal terlepas sekurang-kurangnya pelumbaan  di Grand Prix San Marino pada hujung minggu depan.

Dia kini menduduki tangga keempat carta pelumba pada tahun ini, 26 mata di belakang pendahulu, Andrea Dovizioso. 

Advertisement

Must Watch Video