ONE FC

Rodtang tergamam bakal timang cahaya mata pertama

Stadium Astro
Najmi Iman
21/12/2024
06:39 MYT
Sponsor Banner
Rodtang tergamam bakal timang cahaya mata pertama
Jaguh One Championship, Rodtang Jitmuangnon, berkongsi khabar gembira bahawa dia bakal menimang cahaya pertama bersama isteri tercintanya.
Petinju muay thai Thailand itu akan bergelar seorang bapa selepas isterinya, Aida Looksaikongdin, mengumumkan berita bahawa dia sedang mengandung anak pertama.
Untuk rekod, Aida juga merupakan seorang atlet tempur yang sudah memenangi tiga pingat emas di peringkat amatur.
Pengumuman itu menandakan lembaran baru bagi pasangan itu, sambil peminat dan rakan-rakan atlet membanjiri siaran mereka dengan ucapan tahniah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video