SUKAN ASIA 2018
Rodney ganti tempat Daniel Amier
Kejutan saat akhir berlaku dalam skuad bola sepak ke Sukan Asia 2018 apabila ketua jurulatih,
Datuk Ong Kim Swee, menggugurkan Daniel Amier Norhisham dan menggantikannya dengan Rodney Celvin Akwensivie.
Daniel Amier dilepaskan ekoran mengalami kecederaan pangkal paha dan tidak sempat pulih bagi
mengharungi kempen di Indonesia.
Justeru, hanya Rodney menjadi pilihan terakhir Kim Swee ketika ini tatkala seorang lagi
pemain, Khatul Anuar Mohd Jalil, merupakan seorang penjaga gol.
Iklan
"Daniel mengalami kecederaan tetapi selepas berbincang dengan pihak perubatan, kami dapati amat sukar untuk dia pulih sepenuhnya. Saya harus mendapatkan 20 pemain yang cukup cergas.
"Keputusan harus dibuat walaupun ia melibatkan pemain tengah," kata Kim Swee.
Ketiadaan Daniel Amier jelas tidak meresahkan Kim Swee walaupun semakin kekurangan pilihan di
bahagian tengah.
Selain Baddrol Bakhtiar, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Syahmi Safari, beliau yakin masih boleh
bergantung harap kepada pemain lain.
"Kami memiliki Irfan Zakaria yang bertindak sebagai pemain tengah bersama skuad Kuala Lumpur, begitu juga dengan R. Kogileswaran.
"Saya tidak nampak sebarang masalah jika berlaku sebarang kecederaan atau larangan bermain akibat layangan kad kuning," tambahnya.
Must-Watch Video