Bekas Juara WWE, Dwayne ‘The Rock’ Johnson tanpa berselindung menyatakan kemungkinan untuknya bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat dan tidak menolak yang ia akan menjadi kenyataan.
“Saya rasa ia adalah kemungkinan yang boleh menjadi kenyataan,” ujarnya kepada majalah GQ.
“Saya telah terlintas tentang perkara ini sejak setahun lalu. Banyak wartawan mengajukan soalan ini. Ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal dan saya berfikir tentang jawapannya sehingga terbawa-bawa ke rumah. Biarlah saya beri jawapan yang jujur dan tidak mahu menyinggung mana-mana pihak. Ikhlas cakap, jika saya bergelar presiden, tiga hari cuti hujung minggu dan hapuskan cukai!” tambah bekas juara dunia sebanyak 10 kali itu.
Rock turut mendedahkan yang kedua-dua kem Donald Trump dan Hillary Clinton telah menghubunginya ketika pra pemilihan presiden tahun lalu untuk memberikan kempen untuk mereka. Namun tawaran tersebut ditolak Rock kerana beliau lebih suka rakyat Amerika membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
" Saya rasa saya kini berada dalam posisi di mana apabila saya bercakap, ia akan membawa banyak pengaruh dan kesan. Sebab itu mereka mahu saya berkempen untuk pasukan mereka. Namun jika saya berkongsi perspektif politik saya secara umum, sedikit sebanyak pasti akan ada pihak yang tidak gembira kerana pandangan politik saya tidak selari dengan mereka. Justeru, lebih baik saya diam."

The Rock yang pernah berucap di konvensyen Parti Republikan dan turut menghadiri konvensyen anjuran Parti Demokratrik tahun lalu, menyatakan yang beliau kekal di pihak bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Ketika ditanya pendapatnya tentang Presiden Donald Trump, bintang berusia 45 tahun ini menjawab:
“Dalam apa jua pekerjaan di dunia ini, anda perlu buktikan keupayaan diri anda. Secara peribadi, saya rasa jika saya seorang presiden, keadilan dan saksama amat penting. Ciri kepimpinan begitu juga. Bertanggungjawab kepada semua.
Jika saya tidak bersetuju dengan seseorang, saya tak akan menutup mulut mereka. Saya akan jemput mereka turut serta. Kita boleh duduk dan berbincang. Sukar untuk saya kategorikan sama ada Trump telah berjaya menampilkan ciri-ciri tersebut atau sebaliknya. Tapi jika ditanya apa yang patut beliau lakukan, ciri-ciri di atas lah jawapan saya.”
The Rock yang dinobatkan sebagai aktor Hollywood paling mahal 2016 juga menambah:
“Saya rasa salah satu ciri pemimpin yang berkualiti adalah tidak menutup mulut pengkritiknya. Walaupun kita saling tidak bersetuju, kita harus berunding untuk mencapai kata sepakat. Menutup mulut pengkritik dan menyingkirkan mereka tidak akan menyelesaikan masalah. Nyatakan sebab mengapa anda tidak bersetuju dengan saya, supaya saya mendapat gambaran yang lebih jelas dan dapat melihat apa yang saya terlepas.”

Adakah anda merasakan The Rock mempunyai pakej yang lengkap dan mampu untuk bergelar Presiden Amerika Syarikat yang baik? Jika benar, maka memang sesuailah gelaran The People’s Champ yang pernah diberikan kepadanya semasa era kegemilangannya di WWE satu masa dahulu.

Braun Strowman ulas tentang kecederaannya

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, bintang perkasa utama Raw, Braun Strowman terpaksa berehat untuk tempoh 4-8 minggu. Ini kerana beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil bagi merawat kecederaan bahunya yang sedang membelenggunya waktu ini.
Braun melalui akaun Instagram peribadinya telah memberi komen tentang kecederaan ini. Menurutnya, pembedahan ini hanyalah sekadar ‘bonggol kecil’ untuknya yang kini sedang mara dalam usaha melakar nama di pentas WWE. Tambah bintang berusia 33 tahun ini, beliau akan kembali dengan lebih gagah, laju dan semakin berbahaya sekembalinya nanti.

Babak beliau dibelasah Roman Reigns di acara Raw minggu ini ditulis bagi memberi laluan kepada Braun berehat dan tidak muncul di TV selepas ini.

Susulan kecederaan ini, Braun yang dijadual bertemu Brock Lesnar beberapa bulan akan datang mungkin terpaksa melupakan impiannya seketika untuk bergelar juara. Sekiranya Braun masih tidak berupaya untuk muncul pada tarikh yang dirancang, calon pencabar utama baharu akan dicari dan WWE dilaporkan akan mengadakan satu siri kejohanan melibatkan beberapa penggusti Raw dan pemenang akan bertemu Lesnar di acara WWE Great Balls of Fire pada Julai kelak.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro & Astro On-the-Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 18,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.