Skip to main content

Sukan Lain

RM480,000 menanti barisan atlet wushu negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wushu-malaysia.jpg
'Ibarat durian runtuh', itu ungkapan terbaik buat kontinjen wushu negara yang berjaya membawa pulang lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa daripada Kejohanan Wushu Dunia di Brazil.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan berjumlah RM480,000 akan diraih barisan atlet yang menang.

Dengan pemenang pingat emas bakal mendapat RM80,000, perak RM40,000 dan gangsa akan meraih RM20,000.

Presiden Persatuan Wushu Malaysia, Datuk Dr. Chong Kim Fatt, menyifatkan kejayaan terbaik dalam sejarah di Kejohanan Dunia bukan garisan penamat tahun ini.

Fokus kontinjen ketika ini adalah Sukan SEA dan juga Sukan Asia tahun hadapan.

"Ada perbezaan di antara kejohanan dunia yang dianjurkan setahun sekali seperti badminton, ganjarannya berbeza dengan kejohanan dunia yang dianjurkan dua tahun sekali oleh sukan lain seperti wusyu. Jadi untuk pencapaian ini, pasukan wusyu pulang dengan ganjaran RM480,000.

"Satu emas RM80,000 dan untuk perak RM40,000 dan untuk gangsa RM20,000. Jadi, yang dapat gangsa itu akan dikongsikan kalau dua orang ataupun tiga orang, mereka akan kongsikan RM20,000 tersebut," katanya.

Penerima ganjaran itu terdiri daripada Si Shin Peng, Tan Cheong Min, Lee Jia Rong, Pang Pui Yee, Bryan Ti Kai Jie dan Clement Ting Su Wei dan Shin Peng yang memenangi emas lelaki Qiangshu, Jianshu dan gangsa berpasukan Duilian muncul penerima tertinggi dengan jumlah RM166,666.

Cheong Min yang mengungguli pingat emas wanita Nangun, emas berpasukan Duilian dan perak individu Nandao memperoleh RM146,666 manakala Jia Rong meraih RM126,666 hasil emas wanita individu Daoshu, emas berpasukan Duilian dan gangsa individu Gunshu.

Sementara Pui Yee menerima RM26,666 menerusi emas wanita berpasukan Duilian manakala Bryan dan Clement masing-masing membawa pulang RM6,666 menerusi gangsa berpasukan Duilian.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video