RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
King Hisyam
Disember 6, 2024 12:46 MYT
Disember 6, 2024 12:46 MYT
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun nampaknya ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Beberapa hari ini tular Mike Tyson-Jake Paul ditawarkan oleh Arab Saudi untuk mengadakan perlawanan semula 'Rematch' dengan perjanjian kontrak yang cukup lumayan.
Walaupun barangkali ramai peminat tinju melihat pertarungan dua jaguh ini yang mewakili dua era berbeza lebih kepada sekadar hiburan atau ubat kepada kerinduan terhadap aksi Mike Tyson, namun hakikatnya ia masih mampu menarik minat ramai pihak untuk menonton.
Jika sebelum ini Jake Paul membawa pulang 40 juta dollar sementara Tyson pula 20 juta dollar, kini tawaran itu meningkat berpuluh kali ganda.
Arab Saudi dilaporkan sanggup menawarkan bayaran bonus sehingga 700 juta dollar atau RM3.1 bilion buat Mike Tyson.
?? BREAKING NEWS:Saudi Arabia has offered $700 million for a rematch between Jake Paul and Mike Tyson.Mike Tyson will receive the full $700 million if he knocks out Jake Paul within 3 minutes. pic.twitter.com/wXau0HX9XW
— Update NEWS (@UpdateNews724) December 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun ia hadir dengan syarat Tyson perlu menewaskan Jake Paul dengan kemenangan secara 'Knockout' dalam tempoh tiga minit.
Jumlah tersebut juga tidak termasuk komitmen bayaran kontrak sebenar yang mungkin lebih lumayan jika Tyson sanggup menyambut tawaran tersebut