SUKAN LAIN
Rizzua, Benedict mahu rebut slot ke Filipina
Saingan Terbuka Kuala Lumpur menjadi medan seterusnya buat pelari 110 meter berpagar negara, Mohd Rizzua Haizad dan Benedict Ian Gawok, dalam mendapatkan slot beraksi di pentas Sukan SEA Filipina hujung tahun nanti.
Dalam Terbuka Vietnam sebelum ini, Rizzua menamatkan aksi final di tempat keempat manakala Benedict keenam.
Situasi itu bermakna kedua-dua atlet tersebut masih belum menempah slot Sukan SEA.
Namun, kesempatan dalam Terbuka Kuala Lumpur pastinya mahu digunakan sebaik-baiknya sebelum meraih peluang kedua apabila beraksi di pentas Terbuka Malaysia, bulan depan.
Untuk perkembangan lanjut, ikut Nadi Arena pada jam 7:30 dan 11 malam ini.