Ridwan Sahrom mahu cipta nama musim 2025
Ammar Hakim
Januari 8, 2025 20:33 MYT
Januari 8, 2025 20:33 MYT
Selepas sekian lama berteduh dan menumpang kemasyhuran abang kandungnya -- Ridwan Sahrom komited menjadikan tahun 2025 sebagai detik permulaan legasi yang bakal diciptanya.
Memiliki kelebihan, membesar dalam persekitaran sihat di bawah tunjuk ajar kepimpinan terpuji, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus sekaligus menjadikan Ridwan pelumba yang lebih lengkap.
Pelumba pecut dan keirin berusia 24 tahun itu bakal menghangatkan Velodrom Nasional, Nilai — Kejohanan Piala Presiden GP Trek ASEAN bermula 13 Januari hadapan.
Sebelum pasang hajat memburu kedudukan podium Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), bulan dean.
Hasrat Ridwan untuk memperkenalkan namanya di pentas dunia bukan omong kosong atau angan-angan mat jenin.
Sebaliknya, penelitian khusus sains sukan yang meliputi aspek fizikal yang jauh lebih berotot -- membuka rahsia ridwan yang disimpan selama ini.